Bengkel Pertolongan Cemas telah berjaya dilaksanakan pada 12 Dis 2025 di Dewan Al Irfan dengan kehadiran seramai 43 org terdiri daripada FELO,MPP,JPKK & JPLK.
Bengkel merangkumi tiga modul utama iaitu CPR, choking (tersedak) dan balutan luka. Peserta diberikan penerangan ringkas serta latihan praktikal untuk setiap modul.
Sepanjang sesi, peserta terlibat secara aktif dalam demonstrasi dan latihan hands-on. Bengkel berjalan lancar dan mencapai objektif untuk meningkatkan kefahaman serta kemahiran asas pertolongan cemas dalam kalangan peserta.