
Hari Sukan Pusat Kesihatan Universiti 2026
- Posted by irwan.iskandar
- Categories Aktiviti
- Date 04/05/2026
Pada 2 Mei 2026, Hari Sukan Pusat Kesihatan Universiti (PKU), Universiti Malaysia Terengganu (UMT) telah berlangsung dengan jayanya di Kompleks Sukan Tengku Muda Ismail, UMT. Program ini melibatkan penyertaan aktif dalam kalangan staf PKU bersama anak-anak staf, sekali gus memeriahkan suasana dengan semangat kekeluargaan dan kebersamaan.
Penganjuran hari sukan ini bertujuan menyediakan platform aktiviti sukan ringan yang mampu menggalakkan kecergasan fizikal dan kecerdasan mental dalam kalangan staf, walaupun dalam kesibukan tugas harian. Selain itu, program ini turut menjadi medium penting dalam mengeratkan silaturahim serta memupuk semangat kerja berpasukan dalam kalangan warga PKU.


Sebagai acara tahunan, Hari Sukan PKU ini mencerminkan komitmen berterusan pihak pengurusan dalam memastikan keharmonian, kesejahteraan dan hubungan kerja yang positif dalam jabatan sentiasa dipelihara. Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Pendaftar UMT, yang turut menyatakan sokongan terhadap usaha-usaha yang menyumbang kepada keseimbangan antara kerja dan kesejahteraan warga universiti.



You may also like
Program Transformasi Berat Badan (PTBB) 2026

