
Lestari @ PKU 2025: Media Sosial, Klik dengan Bijak!
- Posted by irwan.iskandar
- Categories Aktiviti
- Date 16/10/2025
“Setiap klik mencerminkan siapa kita. Gunalah media sosial dengan bijak dan berintegriti.”
Itulah mesej utama yang dibawakan oleh En. Muhamad Amirul Iqbal Shafie, Pegawai Integriti UMT, dalam program Lestari @ PKU 2025: Media Sosial, Klik dengan Bijak! yang berlangsung pada 3 Julai 2025 di Ruang CME, Pusat Kesihatan Universiti (PKU).
Program ini disertai oleh seluruh warga PKU dan turut dihadiri oleh Dr. Arnie A. Rahim, Pengarah Pusat Kesihatan Universiti, yang sentiasa menyokong usaha memperkukuh budaya kerja berintegriti di kalangan staf.
Melalui perkongsian yang santai tapi penuh makna, peserta diingatkan supaya berhati-hati dalam menulis, berkongsi dan memberi komen di media sosial, terutamanya sebagai penjawat awam yang menjadi cerminan kepada organisasi.
“Klik dengan bijak, fikir sebelum tulis — kerana integriti kita tidak berhenti di pejabat, tapi turut hidup di dunia maya.”
Program ini menjadi satu langkah bermakna ke arah melahirkan warga PKU yang berhemah digital, berintegriti tinggi dan bijak menilai maklumat.
karya Tg Nuriah.
Next post
PROGRAM GOTONG-ROYONG MEGA GEMPUR AEDES 1.0 UMT DAN KOMUNITI KAMPUNG KUBANG BADAK
You may also like
CERAMAH JOM SIHAT : CAKNA UBAT ” KENAL DULU BARU TELAN”
Pemeriksaan Kenderaan Jabatan oleh Pengarah PKU
