
Program Peningkatan Profesional Berterusan Berikan Ilmu Terkini Kepada Staf PKU
- Posted by aina mardhiah
- Categories Aktiviti
- Date 28/09/2025
Seramai 40 orang staf Pusat Kesihatan Universiti (PKU) telah menyertai Program Peningkatan Profesional Berterusan (Continuous Professional Development) yang berlangsung pada 27 September 2025 bertempat di Raia Hotel, Kuala Terengganu. Program ini bermula jam 8.00 pagi hingga 4.30 petang dengan objektif utama memperkukuh pengetahuan dan kemahiran klinikal warga PKU selaras dengan keperluan semasa perkhidmatan kesihatan primer.
Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Dr. Arnie binti A. Rahim, Pengarah Pusat Kesihatan Universiti, yang dalam ucapannya menekankan bahawa pembelajaran berterusan merupakan tunjang penting bagi meningkatkan kualiti rawatan dan perkhidmatan kepada komuniti kampus.
Program ini diserikan dengan perkongsian ilmu oleh empat orang pakar jemputan:
Dr. Rashid bin Othman, Pakar Perubatan dari Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) dengan tajuk Primary Care Approach for Dyslipidemia & NAFLD serta Quick Review on Treatment for Hyperthyroidism
Dr. Nurul Jannah bt A. Rahman, Pakar Perubatan Keluarga dari Klinik Kesihatan Seberang Takir dengan tajuk Update on Sexual Transmitted Infections (STIs) and HIV in Primary Care Setting
Dr. Zarina bt Abdul Karim, Pakar Perubatan Mulut dan Patologi Mulut dari HSNZ dengan tajuk Management of Myofacial Pain
Dr. Muhamad Sukri bin Mustafa, Pakar Kecemasan dan Trauma dari HSNZ dengan tajuk Approach to Altered Mental Status dan ECG Interpretation
Sepanjang program, para peserta berpeluang mengemas kini ilmu perubatan berkaitan pengurusan kes klinikal terkini, seterusnya meningkatkan kompetensi dalam memberikan rawatan yang berkesan kepada pesakit.
Program Peningkatan Profesional Berterusan ini merupakan salah satu aktiviti tahunan PKU yang dirancang sebagai wadah peningkatan kompetensi staf, sejajar dengan usaha menyemarakkan budaya pembelajaran berterusan serta meningkatkan mutu perkhidmatan kesihatan untuk komuniti kampus dan masyarakat setempat.
Sebagai penutup, program ini bukan sahaja memperkukuh ilmu klinikal tetapi turut menyatukan warga PKU dengan semangat baharu untuk terus memberikan perkhidmatan yang lebih cekap, mesra dan berkesan kepada komuniti. Inisiatif ini diharap menjadi pemangkin kepada pelaksanaan program seumpamanya pada masa hadapan demi kualiti kesihatan yang lebih baik.
You may also like
CERAMAH JOM SIHAT : CAKNA UBAT ” KENAL DULU BARU TELAN”
Pemeriksaan Kenderaan Jabatan oleh Pengarah PKU
