
“Content Power Up dengan Artificial Intelligence”
- Posted by irwan.iskandar
- Categories Aktiviti
- Date 24/09/2025
Tarikh: 24 September 2025
Tempat: Makmal Pembelajaran 1, Makmal Berpusat
Jumlah Peserta: 15 orang
Pusat Kesihatan Universiti telah menganjurkan program “Content Power Up dengan Artificial Intelligence” pada 24 September 2025 bertempat di Makmal Pembelajaran 1, Makmal Berpusat. Program ini dihadiri seramai 15 orang peserta terdiri daripada staf Pusat Kesihatan Universiti.
Program ini menampilkan dua orang penceramah jemputan iaitu Dr. Norbakyah Binti Jaabar dan En. Roslan Bin Said yang berkongsi pengalaman serta penggunaan aplikasi Artificial Intelligence (AI) dan juga asas platform wordpress bagi membuat penambahbaikkan website.
Objektif utama penganjuran program ini adalah untuk:
- Memberi pendedahan kepada staf dalam penyediaan pelaporan aktiviti, program atau pemeriksaan menggunakan aplikasi AI.
- Memudahkan staf dalam menghasilkan kandungan kreatif (content creator) untuk laman sesawang jabatan.
- Memberi kefahaman kepada ahli media mengenai pengurusan laman web khususnya melibatkan aktiviti, program dan perkhidmatan yang disediakan oleh jabatan.
Sepanjang program, para peserta diperkenalkan dengan pelbagai aplikasi AI yang boleh dimanfaatkan dalam tugasan harian. Antara pendedahan yang diberikan termasuklah:
- Penyediaan slaid pembentangan menggunakan AI.
- Penghasilan imej melalui teknik penulisan prompt yang bersesuaian.
- Penggunaan AI untuk mencipta dan menyiapkan lagu.
- Perkongsian idea bagaimana AI boleh dimanfaatkan untuk meningkatkan produktiviti dan kreativiti.
Program ini diharapkan dapat membuka minda peserta untuk membudayakan penggunaan aplikasi AI dalam tugasan seharian, sekali gus meningkatkan keberkesanan serta kualiti perkhidmatan Pusat Kesihatan Universiti.
You may also like
CERAMAH JOM SIHAT : CAKNA UBAT ” KENAL DULU BARU TELAN”
Pemeriksaan Kenderaan Jabatan oleh Pengarah PKU
