
REPROSOS 2025
- Posted by irwan.iskandar
- Categories Aktiviti
- Date 20/07/2025
REPROSOS 2025: Mahasiswa Bijak Tolak LG.BTQ, Cakna isu semasa , tahu risiko HIV.
18 Jun 2025 – Program Reproduktif Sosial (REPROSOS) 2025 adalah anjuran bersama Pusat Kesihatan Universiti UMT ,Pusat Kaunseling dan Kesejahteraan Mahasiswa (PKKM) da Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA) dengan kerjasama I-Medik Terengganu dan LPPKN telah berlangsung dengan jayanya di Dewan Al-Irfan, Universiti Malaysia Terengganu (UMT).
Program ini menghimpunkan lebih 50 orang mahasiswa dan hampir 30 orang bukan pelajar di kalangan staf serta pensyarah UMT dalam usaha memperkasa kesedaran berkaitan isu seksualiti, kesihatan reproduktif, penyakit jangkitan seksual (STD), HIV/AIDS serta ancaman pemerdagangan manusia dan budaya songsang.
Sebanyak lima slot utama telah dikendalikan oleh barisan penceramah profesional daripada bidang masing-masing :
Prof. Dr. Rafidah Hanim Mokhtar (USIM/I-Medik) menekankan pentingnya membentuk kefahaman seksualiti berpaksikan nilai agama, integriti moral dan tanggungjawab sosial.
Dr. Mohd Ihsanuddin Abas (UniSZA) berkongsi fakta terkini tentang peningkatan jangkitan HIV dan STD serta peranan pencegahan dalam kalangan belia kampus.
Disampaikan oleh Encik Muhamad Daniel Haiqal (PKKM UMT), slot ini memberi panduan mengenal pasti risiko sosial serta membina sistem sokongan rakan sebaya.
Juga disampaikan oleh En. Daniel Haiqal, peserta dilatih menguasai teknik komunikasi tegas dan pertahanan psikososial dalam menolak ajakan kepada perlakuan negatif.
ASP Mohd Nasir bin Hanafi dari PDRM memberikan pendedahan tentang modus operandi sindiket pemerdagangan manusia serta langkah keselamatan diri dan intervensi awal.
You may also like
CERAMAH JOM SIHAT : CAKNA UBAT ” KENAL DULU BARU TELAN”
5 February, 2026
Pemeriksaan Kenderaan Jabatan oleh Pengarah PKU
27 January, 2026
Program Jom Sihat Pusat Kesihatan Universiti : Senamrobik Warga
27 January, 2026
