
Rawatan Akar Gigi – Bolehkan Gigi Saya Diselamatkan?
- Posted by irwan.iskandar
- Categories Aktiviti
- Date 20/07/2025
Program Jom Sihat merupakan media informasi bagi perkongsian info kesihatan pergigian yang terkini kepada warga UMT khususnya yang telah dianjurkan oleh Pusat Kesihatan Universiti (UMT) dengan Kerjasama dengan Pusat Pembangunan Bakat Dan Inovasi (PPBI). Pada kali ini PKU telah menjemput Dr Farhana binti Omar, Pakar Pergigian Restoratif, Klinik Pergigian Manir, Kuala Terengganu bagi menyampaikan ceramah bertajuk Rawatan Akar Gigi – Bolehkan gigi saya diselamatkan?
Ceramah telah diadakan pada 15 April 2025 bersamaan hari Selasa bermula pada jam 10.00 pagi sehingga 12.00 tghari dan disampaikan secara dalam talian (Webex) serta mendapat sambutan yang amat menggalakan yang terdiri dari warga UMT dan juga komuniti luar seperti dari IPTA lain dengan kehadiran sebanyak hampir 400 orang penyertaan.
Rawatan akar gigi merupakan rawatan alternatif bagi merawat gigi yang rosak teruk dan terinfeksi tanpa memerlukan rawatan cabutan dan gigi boleh kekal berfungsi di dalam mulut.
Rawatan akar gigi adalah prosedur pergigian untuk merawat masalah pada akar gigi yang terjejas. Proses rawatan ini melibatkan mengeluarkan tisu mati dan bakteria daripada saluran akar gigi serta menyingkirkan tisu radang atau terjejas dari saluran akar gigi.dengan menggunakan teknologi peralatan dan bahan terkini. Rawatan akar gigi bukan sahaja membantu meringankan kesakitan tetapi juga mencegah komplikasi yang lebih serius pada masa depan.
Rawatan akar gigi mungkin bukan perkara yang menyenangkan, tetapi kesihatan gigi yang baik dapat membawa impak positif pada kehidupan kita seharian. Oleh itu, jangan biarkan ketakutan menghalang kita dari mendapatkan rawatan yang diperlukan.Ambil langkah proaktif dalam menjaga gigi dan bersedia untuk mendapatkan pandangan profesional daripada doktor gigi dari klinik pergigian.
Rakaman Webex : https://youtu.be/uhhRXtno8GM
You may also like
CERAMAH JOM SIHAT : CAKNA UBAT ” KENAL DULU BARU TELAN”
Pemeriksaan Kenderaan Jabatan oleh Pengarah PKU
