Unit Fisioterapi Pusat Kesihatan Universiti dikendalikan oleh dua orang Jurupulih anggota. Pada masa sekarang pihak Pusat Kesihatan hanya menerima pesakit yang dirujuk oleh Pegawai Perubatan. ia merangkumi skop rawatan kepada pelajar dan kakitangan UMT. Dengan adanya unit fisioterapi ia dapat mendokong proses perawatan yang sedia ada. Antara fungsi utama unit fisioterapi adalah menyediakan penilaian proses pemulihan perubatan terbaik untuk pelajar sekaligus mengurangkan kemudaratan sesuatu penyakit.