Sokongan Untuk Ibu Menyusu Yang Bekerjaya
Wanita yang bekerjaya mungkin menghadapi cabaran kesukaran untuk menyusukan bayi semasa bekerja berikutan kebimbangan mengganggu waktu bekerja.
Namun, proses penyusuan sangat penting kepada bayi untuk membekalkan nutrien yang diperlukan bagi menyokong proses pembesarannya.
Oleh itu, ibu bekerjaya perlu mendapatkan sokongan kukuh terutamanya daripada majikan bagi membolehkan bayi mendapat penyusuan sempurna.