
Sembang Santai Bersama Pengurusan dan warga PKU 2025
- Posted by syuhada nasir
- Categories Aktiviti
- Date 24/09/2025
Kuala Nerus: Pusat Kesihatan Universiti (PKU) telah mengadakan Program Sembang Santai bersama Ahli Pengurusan dan warga PKU pada 8 September 2025 bertempat di Sick Bay Lelaki, PKU. Seramai 42 orang warga PKU terlibat dalam menjayakan program tersebut.
Program ini bertujuan untuk mewujudkan ruang komunikasi yang lebih terbuka dan harmoni antara warga kerja dengan pihak pengurusan. Melalui program ini, staf PKU berpeluang berinteraksi secara santai bersama ahli pengurusan untuk berkongsi pandangan, meluahkan pendapat serta membincangkan isu-isu berkaitan persekitaran kerja, kebajikan dan penghargaan kepada staf.
Menurut Dr Arnie A. Rahim, Pengarah PKU, selain itu juga, program ini bukan sahaja menjadi platform bagi staf menyuarakan pendapat secara lebih bebas, malah membuka peluang kepada pengurusan dan staf untuk bersama-sama mencari penyelesaian terhadap cabaran yang dihadapi termasuklah yang berkaitan dengan perkhidmatan, perubatan dan pengurusan.
Pendekatan itu dapat membantu membina suasana kerja yang lebih positif, menyokong kesejahteraan warga PKU serta meningkatkan keberkesanan organisasi secara keseluruhan.
Program Sembang Santai menunjukkan komitmen PKU dalam mendengar suara staf, memupuk hubungan kerja yang erat dan membina budaya komunikasi dua hala yang lebih konstruktif demi kebaikan bersama.
You may also like
CERAMAH JOM SIHAT : CAKNA UBAT ” KENAL DULU BARU TELAN”
Pemeriksaan Kenderaan Jabatan oleh Pengarah PKU
