Back

Seksyen Pesakit Luar

Klinik Pesakit luar adalah antara bahagian yang paling sibuk, ini kerana bahagian ini menerima sepenuhnya warga UMT, samada staf, pelajar dan pesara di waktu pejabat. Namun Begitu, pada tahun 2016, penyelarasan perkhidmatan PKU yang mana komuniti setempat juga boleh hadir bagi tujuan untuk mendapatkan rawatan perubatan.
Pusat Kesihatan Universiti juga menyediakan Perkhidmatan Pesakit Luar, khusus kepada kakitangan dan Pelajar UMT. terdapat 5 bilik rawatan ia dapat menampung sejumlah pesakit yang ramai pada satu-satu masa. Berpegangkan kepada key performance index (KPI) iaitu memberikan perkhidmatan perubatan dan perawatan kesihatan kurang 30 minit dari masa pesakit mendaftar di kaunter. Dengan adanya bilik rawatan yang banyak ia dapat mengurangkan waktu menunggu pesakit.
Namun begitu, kami komited dalam memberikan satu perkhidmatan yang lebih berefisien kepada pelajar dan kakitangan universiti dalam memastikan kesihatan semua warga berada dalam keadaan yang baik.

Klinik Kekal Sihat

Dalam mendokong perkhidmatan yang effisien dalam sektor Perubatan klinik kekal sihat (KKS) turut ditubuhkan yang terdiri daripada sub-klinik yang lain. Klinik Kekal sihat adalah komponen baharu bagi seksyen pesakit luar, klinik ini dibantu oleh beberapa unit lain seperti Fisioterapi dan juga dengan rujukan pensyarah dari Fakulti berkaitan. Daripada klinik ini, terdapat tiga pecahan klinik yang lain turut beroperasi iaitu:

1. Klinik Berhenti Merokok

Klinik Berhenti merokok atau (KBM) adalah, klinik yang ditubuhkan khusus kepada warga yang komited dalam proses pengurangan pengambilan nikotin dan pada masa yang sama dapat berhenti secara berperingkat dalam penggunakan rokok dalam aktiviti harian. Bagi warga yang berhasrat untuk mendapatkan terapi ini boleh terus ke kaunter utama Pusat Kesihatan Universiti bagi mendapatkan keterangan lanjut.

Objektif Klinik Berhenti merokok adalah:

2. Klinik Terapi Berat Badan

Klinik terapi berat badan adalah adalah satu cabang dalam memastikan kesihatan warga UMT berada dalam kesihatan baik. Rentetan daripada program PKU cakna warga, hasil saringan tersebut mendapati dengan mengadakan program bercirikan kesihatan yang mengekalkan fisiologi badan yang idea lebih memberikan kesan yang lebih mudah berbanding menggunakan ubat-ubatan bagi mengekang berat badan idea.

Objektif klinik terapi berat badan adalah :

3. Klinik Diet

Klinik diet adalah klinik yang hampir sama seperti klinik terapi berat badan, namun, ia lebih subjektif kepada pemilhan diet yang sesuai bagi setiap personel merujuk pengiraan dan juga gaya hidup serta aktiviti harian calon. Bagi warga yang berminat bagi mendapatkan perkhidmatan klinik diet boleh terus ke kaunter utama Pusat Kesihatan Universiti bagi keterangan lanjut.

Objektif klinik diet adalah:

Skip to content