Back

Unit Kesihatan

Unit Kesihatan Awamditubuhkan adalah untuk mendokong dalam usaha mencegah dan mengawal penyakit bawaan vektor, penyakit berjangkit dan penyakit bawaan makanan di dalam kampus. Pelbagai aktiviti dan program turut dilakukan bersama-sama pelajar dan warga kampus yang lain bagi menyemai aktiviti kepentingan menjaga kawasan kampus dari penyakit bawaan vektor. Unit ini dibahagikan kepada 3 sub-unit iaitu:

1

Unit Kawalan Penyakit berjangkit

2

Unit Kawalan Keselamatan dan Kualiti Makanan

3

Unit Promosi dan Pendidikan Kesihatan

Unit Kawalan Penyakit Berjangkit

1 :
Merancang dan melaksanakan langkah pencegahan dan pengawalan penyakit berjangkit supaya tidak berjangkit dan menular daripada pesakit ke pesakit, dari pesakit ke kakitangan dan warga UMT .
2 :
Merancang, mengatur dan menyelaras kerja-kerja pencegahan dan kawalan penyakit bawaan vektor di sekitar kampus.
3 :
Membantu KKM dalam menjalankan siasatan kes
4 :
Menjalankan program yang berkaitan dengan rawatan dan pencegahan tibi/kusta.
5 :
Menjalankan kerjasama dan kolaborasi pelbagai agensi tempatan (PKDKN) dalam memantau DOTS pesakit TIBI di UMT

Unit Kawalan Keselamatan dan Kualiti Makanan

1 :
Pemeriksaan berkala bersama Pejabat Kesihatan Daerah, bagi memantau tahap kebersihan kafe-kafe di dalam Universiti supaya berada tahap yang baik.
2 :
Merancang dan Menyelaras aktiviti penguatkuasaan di bawah Akta Makanan 1983 dan peraturan-peraturan di bawahnya.
3 :
Kebersihan pada bahagian dapur juga turut dipantau bagi memastikan simpanan bahan masakan berada dalam keadaan yang baik .
4 :
Membantu dalam memastikan keselamatan dan kualiti makanan di semua kafetaria Universiti Malaysia Terengganu.
5 :
Menguruskan isu-isu keselamatan makanan diperingkat UMT
6 :
Memantau tahap pematuhan kepada standard di peringkat domestic
7 :
Memantau tahap kebersihan premis makanan
8 :
Pemantauan Katerer bagi majlis/ event
9 :
Merancang dan menyelaras aktiviti penguatkuasaan di bawah Akta Makanan 1983 dan peraturan-peraturan di bawahnya.

Unit Promosi dan Pendidikan Kesihatan

1 :
Merancang dan melaksanakan aktiviti Pendidikan kesihatan di UMT
2 :
Menjalankan Program Kesedaran Kawalan Vektor kepada warga UMT dan penduduk sekitar
3 :
Menyimpan dan mengemaskinikan segala data-data dan menyediakan laporan berkala berkaitan dengan aktiviti yang telah dijalankan
Skip to content