Seksyen Farmasi
Unit Farmasi Pusat kesihatan Universiti berfungsi sebagai pendispens ubat ubatan bagi setiap rawatan dan juga menguruskan aktiviti perolehan dan inventori bagi barangan pakai buang. Bagi memastikan pengurusan berjalan dengan baik, 3 orang Penolong Pegawai Farmasi dilantik bagi memastikan pelanggan menerima ubatan yang dipreskripsi dengan tepat, betul dan selamat tanda sebarang kelewatan. Objektif unit Perolehan dan Inventori adalah:
Objektif Unit
- Memastikan stok mencukupi ketika diperlukan.
- Menjaga keadaan stok daripada rosak akibat dari faktor luaran.
- Menerima dan mengesahkan serta memperaku barangan yang dipesan oleh pembekal.
- Menyimpan stok di lokasi yang ditetapkan secara optimum.
- Menguruskan proses pelupusan sekiranya barang dalam simpanan telah tamat tempoh.
- Membuat penyelenggaraan rekod setiap transaksi keluar masuk barang secara teratur dan sistematik.
- Memeriksa , dan mengenal pasti sebarang ketidakseragaman pengeluaran stok yang mana menyebabkan berlaku barang tamat tempoh tanpa disedari