
PROGRAM GOTONG-ROYONG MEGA GEMPUR AEDES 1.0 UMT DAN KOMUNITI KAMPUNG KUBANG BADAK
- Posted by nurain fared
- Categories Aktiviti
- Date 21/10/2025

Kuala Nerus. 21 Jun 2025 – Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dengan kerjasama Pejabat Kesihatan Daerah Kuala Nerus, Terengganu telah menganjurkan Program Gotong-Royong Mega Gempur Aedes 1.0 di Kampung Kubang Badak, sebagai usaha meningkatkan kesedaran dan tindakan proaktif membanteras wabak denggi dalam kalangan warga UMT dan
komuniti setempat. Program melibatkan hampir 300 peserta yang terdiri daripada pelajar UMT dan komuniti setempat Kampung Kubang Badak. Perasmian program telah disempurnakan oleh Dr. Arnie A. Rahim, Pengarah Pusat Kesihatan Universiti (PKU). Turut hadir, Dr. Ridhwan Abd Rani, Pegawai Kesihatan Vektor, Pejabat Kesihatan Daerah Kuala Nerus(PKDKN) bersama Timbalan Pengarah Kolej Kediaman UMT.
Antara barisan pegawai yang turut bersama menjayakan program tersebut adalah Pegawai Pendidikan Kesihatan, PKDKN, Penghulu Mukim Seberang Takir, Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Kg. Kubang Badak, Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) serta Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JPKKP), Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Kg. Kubang Badak serta wakil Surau At-Taqwa Kampung Kubang Badak. Hasil kerjasama semua peserta, gotong-royong ini berjaya mengumpul sampah sebanyak 207.7 kg dalam dalam masa kurang satu jam menandakan #onehourcleanup telah cukup untuk memusnahkan Aedes dari membiak. Aktiviti gotong-royong, termasuk misi Cari dan Musnah Aedes ini telah dijalankan dalam bentuk Pencarian Interaktif bagi memastikan objektif program dapat dilaksanakan. Aktiviti ini bukan sahaja dapat menceriakan suasana, malah telah berjaya mengenal pasti dan membersihkan lebih 50 lokasi berisiko pembiakan nyamuk Aedes dan semua tempat berisiko pembiakan nyamuk aedes berjaya dihapuskan.
Program turut dimeriahkan dengan acara cabutan bertuah yang menawarkan pelbagai hadiah menarik kepada peserta sebagai galakan penyertaan dan penghargaan atas semangat kesukarelawan mereka. Program ini membuktikan komitmen UMT dalam memperkukuh hubungan universiti dan masyarakat melalui pendekatan kesedaran kesihatan dan tanggungjawab sosial secara menyeluruh terutama dalam membasmi pembiakan nyamuk aedes serta memastikan persekitaran yang bersih dan selamat.



Next post
MAJLIS PENYERAHAN AMBULAN BAHARU DAN KENDERAAN SERBA GUNA SERENA KEPADA PKU UMT
You may also like
CERAMAH JOM SIHAT : CAKNA UBAT ” KENAL DULU BARU TELAN”
Pemeriksaan Kenderaan Jabatan oleh Pengarah PKU
