PEMERIKSAAN KESIHATAN KOMPREHENSIF STAF UMT YANG BERUMUR 40 TAHUN DAN KE ATAS (PKKS) & PROGRAM PKU PRIHATIN KESIHATAN WARGA (2PKW) DI BULAN RAMADAN
Dengan segala hormatnya merujuk kepada perkara di atas.
Sukacita dimaklumkan Pusat Kesihatan Universiti akan meneruskan Program Pemeriksaan Kesihatan kepada staf UMT yang berumur 40 tahun dan ke atas (PKKS) & Program PKU Prihatin Kesihatan Warga (2PKW) sepanjang Bulan Ramadan ini. Pemeriksaan kesihatan ini terbuka kepada semua staf UMT yang masih BELUMmelakukan pemeriksaan pada tahun ini. Staf perlu sekurang-kurangnya 6-8 jam berpuasa dan boleh Walk-in ke PKU untuk melakukan pemeriksaan. Sesi pemeriksaan dibahagikan kepada dua sesi seperti jadual di bawah :
Sesi |
Hari
|
Masa |
1 |
Isnin, Selasa & Rabu
|
12.00 pagi – 1.30 petang |
2 |
2.00 petang – 3.00 petang |
Bagi 2PKW saringan akan selesai pada hari yang sama staf membuat pemeriksaan. Manakala bagi PKKS, keputusan darah akan siap sekurang-kurangnya selepas 3 hari bekerja dan sesi konsultasi bersama dengan doctor (kunjungan seterusnya) Semoga hal ini dalam makluman dan perhatian semua staf yang berkaitan. Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan, boleh hubungi Sister Nurozaida binti Roslan di talian di talian 09-668 4889/ 09-6684590.