
LAWATAN PENANDA ARAS UMT KE PUSAT KESIHATAN UNIVERSITI UiTM : Perkongsian Amalan Terbaik dalam Perkhidmatan Kesihatan Kampus
- Posted by irwan.iskandar
- Categories Aktiviti
- Date 20/07/2025
Putrajaya, 8–10 Mei 2025 – Seramai 21 orang warga Pusat Kesihatan Universiti (PKU), Universiti Malaysia Terengganu (UMT) telah menyertai satu lawatan penanda aras ke Pusat Kesihatan Universiti, Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam dan Puncak Alam. Lawatan ini bertujuan memperkukuh jaringan profesional dan menimba pengalaman daripada amalan terbaik pengurusan kesihatan di institusi pengajian tinggi lain.
Lawatan dimulakan dengan sesi taklimat di PKU UiTM Shah Alam pada 9 Mei 2025 yang dipengerusikan oleh Dr. Shairul’azam bin Sahar, Pengarah PKU UiTM. Beliau berkongsi struktur pengoperasian perkhidmatan pesakit luar dan keseluruhan operasi pusat kesihatan di kampus Shah Alam. Seterusnya, Dr. Nurfazlinda Md Shah, Pakar Perubatan Kesihatan Awam, menyampaikan pembentangan berkenaan peranan Unit Kesihatan Awam dalam menyokong kesejahteraan komuniti kampus.
Pada sebelah petang, rombongan meneruskan lawatan ke PKU UiTM Puncak Alam yang disambut oleh Dr. Saliana Sadi, Ketua Unit Kesihatan Puncak Alam. Taklimat disusuli pembentangan menarik oleh Dr. Ernie Rozaini Sulaiman mengenai strategi pengurusan kes denggi di kampus, satu isu kesihatan awam yang kian mencabar di persekitaran institusi pengajian tinggi.
Lawatan ini telah membuka ruang dialog yang bermakna antara dua institusi dan memberi pendedahan berharga kepada para peserta dalam menambah baik perkhidmatan kesihatan di UMT. Menerusi sesi perkongsian ini, UMT turut komited untuk memperkasa sistem kesihatan kampus yang lebih efisien, inklusif dan selamat.
Previous post
Program Gotong Royonng Mega Gempur Aedes 1.0 UMT dan Komuniti Kg Kubang Badak
You may also like
CERAMAH JOM SIHAT : CAKNA UBAT ” KENAL DULU BARU TELAN”
Pemeriksaan Kenderaan Jabatan oleh Pengarah PKU
