KONVENSYEN KUMPULAN INOVATIF DAN KREATIF (KIK) PERINGKAT UNIVERSITI AWAM (UA) KALI KE-17 TAHUN 2024
- Posted by irwan.iskandar
- Categories Aktiviti
- Date 12/08/2024
- Comments 0 comment
Pusat Kesihatan Universiti (PKU), UMT dengan kump[ulan MEDIX6 telah menghantar wakil ke konvensyen tersebut, dalam pertandingan tersebut, MEDIX6 telah mempertandingkan tajuk e-smile: Sistem Pengurusan Maklumat Pelanggan Pergigian bagi pertandingan Konvensyen KIK Universiti Awam yang berlangsung pada 7 dan 8 Ogos 2024 di bawah Kategori Penyampaian Perkhidmatan- Penambahbaikan di Universiti Malaysia Pahang Al- Sultan Abdullah dan telah berjaya merangkul Penarafan Perak. 16 universiti telah menyertai KIK dengan jumlah 28 kumpulan secara keseluruhan. Keputusan pertandingan; 5 kumpulan mendapat Penarafan Emas, 10 kumpulan Penarafan Perak dan 13 kumpulan mendapat Penarafan Gangsa. E-smile ialah sistem yang merangkumi pengurusan pelanggan pergigian secara holistik bermula daripada proses pendaftaran, mendapatkan rawatan, ubatan, surat rujukan dan rekod pergigian