INFO SIHAT – “PEMAKAIAN PELITUP MUKA DI PUSAT KESIHATAN”
Berikutan peningkatan kes Covid-19 dan Influenza Like-Illness (ILI) di premis-premis kesihatan, pelanggan DIGALAKKAN untuk mematuhi etika pemakaian pelitup muka seperti di infografik yang dilampirkan.
Warga juga dinasihati untuk memakai pelitup muka semasa berkunjung ke Pusat Kesihatan kerana tidak semua yang hadir ke pusat kesihatan adalah dalam keadaan sihat. Ada di antara pelanggan yang datang mempunyai gejala dan boleh menyebarkan penyakit kepada yang sihat. Justeru, bagi mencegah penularan penyakit selain Covid-19, warga disarankan untuk memakai pelitup muka sebagai langkah berjaga-jaga.