TAKLIMAT PENGENDALIAN KES-KES KECEMASAN PELAJAR SELEPAS WAKTU PEJABAT DAN BENGKEL TEKNIK ASAS CPR KEPADA FELO TAHUN 2024
- Posted by irwan.iskandar
- Categories Aktiviti
- Date 25/08/2024
Pada 24 Ogos yang lalu, Pusat Kesihatan Universiti telah mengadakan Taklimat Pengendalian Kes kecemasan Pelajar selepas waktu pejabat serta Bengkel Teknik Asas CPR kepada Felo Kolej UMT. Taklimat dan bengkel ini dikuatkan lagi dengan kerja sama Pegawai Perubatan PKU, Dr.Mas Aida Bt Zaiton, Paramedik PKU serta MPP, JPLK, JPKK serta Exco Kesihatan.
Pengendalian kes-kes kecemasan luar waktu pejabat di Pusat Kesihatan Universiti adalah proses yang bukan sahaja melibatkan petugas On Call PKU, tetapi juga melibatkan felo-felo dalam dan luar kampus yang dilantik oleh HEPA. Disamping itu juga felo turut dibantu oleh Majlis Perwakilan Pelajar, Jawatankuasa Pelajar Dalam Kampus dan Jawatankuasa Pelajar Luar Kampus. Barisan pelajar ini bertindak sebagi first responden bagi kes-kes kecemasan di kalangan pelajar sebelum petugas On Call PKU dihubungi.
Justeru bagi memperkasakan pemahaman pelajar berkenaan jenis-jenis kes-kes kecemasan, SOP Pengendalian Kes Kecemasan, teknik asas rawatan kecemasan termasuk Teknik CPR, PKU saban tahun akan menjalankan satu sesi taklimat kepada felo-felo dan berisan pelajar tersebut.
Taklimat ini juga turut bertujuan untuk bagi memberikan penerangan berkenaan kes-kes penyakit berjangkit seperti COVID-19, Denggi dan sebagainya.