Bengkel Canva peringkat Jabatan
- Posted by irwan.iskandar
- Categories Aktiviti
- Date 18/08/2024
Pada 15 ogos yang lalu, Pusat kesihatan Universiti telah berjaya menjalankan bengkel jangkamasa Pendek dalam penggunaan Aplikasi Canva. Bengkel ini dijalankan di Makmal Pembelajaran di Komplek Kuliah, UMT. Seramai 13 orang peserta telah menyertai bengkel ini. Dalam bengkel ini, serba sedikit informasi serta tips terkini turut disampaikan oleh Dr. Siti Norbakyah Binti Jabar, Pensyarah Fakulti Teknologi Kejuruteraan Kelautan, UMT.
Objektif utama bengkel ini adalah untuk:
- Memberi dedahan tentang penggunakan aplikasi canva dalam urusan pekerjaan seharian
- Memberi tips dalam menghasilkan slide, poster atau infografik yang lebih menarik berbanding kaedah lama.
- Sebagai memberi ilmu baru kepada staf dari aspek dalam menghasilkan “Digital creative content”
- Ia juga mendokong penghasilan laman web jabatan yang lebih informatik.
Hasil dari bengkel tersebut, beberapa penambahbaikkan boleh dilaksanakan diperingkat jabatan bagi menghasilkan jabatan yang lebih baik.