
Kejayaan Kumpulan MEDIX6 dalam pertandingan di Research & Education Insight (REdI) November 2025
- Posted by irwan.iskandar
- Categories Aktiviti
- Date 30/11/2025
Pada 27 November 2025 yang lalu, Pusat Kesihatan Universiti telah turut serta dalam program Research & Education Insight (REdi). Dalam program tersebut, Kumpulan Inovasi Pusat Kesihatan Universiti iaitu Medix6 telah menyertai pertandingan dengan membawa tajuk “Pengurusan Pengendalian Sampel dan Ujian Makmal”. Kumpulan tersebut berjaya memperoleh penarafan Emas dan sekaligus muncul sebagai Juara Keseluruhan bagi program tersebut.
Kumpulan Medix6 dianggotai oleh lima peserta iaitu Dr. Wan Norisah binti Wan Yaacob, Dr. Aina Mardhiah (ketua), Amir Hafzan bin Abdul Wachid, Nur Farhana binti Yusoff dan Nor Fahira Diana binti Sulaiman. Tajuk permasalahan yang dibawa merupakan idea utama dalam usaha memperbaiki mutu perkhidmatan makmal kerana ia melibatkan pelbagai jenis ujian yang dijalankan dalam tempoh setahun. Selain itu, inovasi ini juga dapat mengurangkan kos tenaga kerja serta memodenkan kaedah kerja sedia ada bagi memastikan produktiviti dan kecekapan kerja berada pada tahap optimum.
You may also like
CERAMAH JOM SIHAT : CAKNA UBAT ” KENAL DULU BARU TELAN”
Pemeriksaan Kenderaan Jabatan oleh Pengarah PKU
