
Lawatan Kerja Timbalan Ketua Setiausaha KPT ke Pusat Kesihatan Universiti UMT


Pusat Kesihatan Universiti (PKU), Universiti Malaysia Terengganu (UMT) telah menerima lawatan kerja Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan dan Pembangunan), Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT), YBhg. Datuk Ts. Mohd Nor Azman bin Hassan pada 19 Januari 2026 (Isnin) jam 5.00 petang bertempat di Kompleks SISWA UMT.
Lawatan ini bertujuan untuk meninjau keadaan semasa fasiliti kesihatan universiti, khususnya bagi mengenal pasti keperluan penggantian peralatan perubatan yang telah usang serta perolehan peralatan baharu demi meningkatkan kualiti perkhidmatan kesihatan kepada warga universiti.
Antara fokus utama lawatan adalah melibatkan penggantian kerusi pergigian serta penukaran peralatan X-Ray, selaras dengan usaha berterusan pihak universiti dan kementerian dalam memastikan penyediaan kemudahan kesihatan yang selamat, efisien dan menepati piawaian semasa.
Lawatan ini mencerminkan komitmen Kementerian Pendidikan Tinggi dalam menyokong pembangunan infrastruktur kesihatan di institusi pengajian tinggi awam, sekali gus memperkukuh kesejahteraan dan kebajikan komuniti kampus.



