PENGENALAN PROGRAM 2PKW
Program 2PKW atau lebih dikenali sebagai PKU Prihatin Kesihatan Warga, adalah program yang telah dilancarkan bermula tahun 2024. Program ini merupakan platform bagi menyedarkan masyarakat kampus mengenai kepentingan penjagaan kesihatan dan golongan sasaran adalah semua staf Universiti Malaysia Terengganu. Ia juga sebagai pemangkin kepada amalan gaya hidup sihat yang sering diabaikan oleh warga kampus yang sememangnya kurang prihatin dan mengambil berat mengenai kesihatan. Ianya telah dirintis sejak tahun 2014.
Sebelum ini, pada tahun 2023, seramai 718 orang dari 1760 staf UMT (41%) melibatbatkan sebanyak 26 PTj telah disaring dan daripada data yang telah dikumpulkan, didapati sebahagian besar warga yang disaring mempunyai pelbagai penyakit yang berisiko.
Tujuan Program
1. Menitikberatkan kepada warga agar lebih cakna atau celik tentang kesihatan dan mengamalkan serta membudayakan gaya hidup sihat sepanjang masa.
1. Supaya warga melakukan saringan kesihatan secara berkala setiap tahun untuk pengesanan awal penyakit-penyakit NCD (non communicable disease) cth. kencing manis, darah tinggi, masalah kolesterol dan obesiti.
Pelaksanaan
1. Pusat Kesihatan akan mengadakan pemeriksaan kesihatan secara roadshow ke atas PTj- PTj di UMT yang bersetuju dengan jadual yang telah ditetapkan oleh PKU semasa cuti semester pelajar. Juga dibuat semasa program
-program rasmi universiti seperti Hari Bersama Pelanggan, Hari Kesedaran Kesihatan Pekerjaan dan lain-lain.
2. Semasa sesi akademik, pemeriksaan juga akan dilaksanakan di PKU secara walk-in ke PKU pada hari Selasa dan Rabu, 8.30 am – 11 am. Manakala pada bulan puasa, pemeriksaan juga dilakukan bermula pk 9am – 3pm.
3. Pemeriksaan kepada semua staf berusia di bawah 40 tahun dan juga yang berusia 40 tahun ke atas.
4. Pemeriksaan dilakukan merangkumi beberapa ujian iaitu (bagi staf yang berusia 40 tahun ke bawah) :
a) Pemeriksaan BMI
b) Tekanan darahUjian Darah :
· Kolestrol
· Glukosa (Gula)
* (bagi staf berusia 40 tahun ke atas spesimen darah yang akan diambil adalah darah
vena FLP, RFT, LFT dan HbA1c untuk staf wanita. Manakala untuk staf lelaki berusia
40 tahun ke atas akan ditambah dengan ujian PSA (prostate spesific antigen).
5. Peserta yang mengalami keputusan darah (glukos / kolesterol) yang tinggi akan dinasihatkan untuk pengubahsuaian cara hidup atau dirujuk ke PKU untuk pemeriksaan penuh glukos / profail lipid.
6. Peserta yang mengalami lebih berat akan dirujuk ke Klinik Diet & Terapi Berat Badan dan perokok yang berhasrat untuk berhenti dinasihatkan menyertai Klinik Berhenti Merokok.
7. Pemeriksaan susulan kepada staf yang berisiko NCD boleh dilakukan di mana -mana klinik kerajaan, swasta atau klinik panel UMT (termasuk PKU). Pemeriksaan darah susulan ini adalah berbayar kecuali jika dilakukan di klinik/hospital kerajaan.
8. Mengikut panduan dari CPG, saringan gula sekiranya melebihi > 6.1 akan diberi TCA seminggu untuk ulang diascan (darah vena) dan selepas seminggu jika > 6.1 (berpuasa) atau > 7.8 (random/tidak berpuasa) maka perlu dilakukan HbA1c dan rujuk ke Pegawai Perubatan.
9. Manakala untuk saringan kolesterol yang tinggi melebihi > 5.2, akan diberi TCA 2 minggu untuk ulang. Sekiranya tiada gejala dan tiada faktor risiko serta ujian ulangan < 5.2, maka dinasihatkan untuk buat saringan setahun sekali. Namun jika bergejala dan ada faktor risiko, bila ujian ulangan masih > 5.2 maka perlu dilakukan ujian selanjutnya (Fasting Lipid Profile) dan dirujuk kepada pegawai Perubatan untuk rawatan lanjut