
“3rd Malaysian Universities National Health Convention: Membentuk Masa Depan Kesihatan Negara”
- Posted by irwan.iskandar
- Categories Aktiviti
- Date 27/08/2025
Malaysian Universities National Health Convention atau MUNCH telah berlangsung pada 20 – 21 Ogos 2025 di Raia Hotel and Convention Centre Kuala Terengganu. Majlis dirasmikan oleh Ybrs. Prof. Dr. Zainal Amin bin Ayub, Timbalan Ketua Pengarah KPT dan juga Naib Canselor UMT dan UNIsZA. Konvension ini dihadiri seramai 144 orang peserta termasuk kakitangan Pusat Kesihatan Universiti Awam Malaysia serta pelajar Universiti. Dengan tema “Empowering Healthy Community: The Future of Health Promotion,Objektif konvension ini adalah memberi tumpuan dalam usaha memperkukuhkan profesion kesihatan serta menyediakan ruang pembentangan hasil penyelidikan , meningkatkan kesedaran dalam pencegahan penyakit serta mewujudkan platform kolaborasi antara universiti, penyelidik dan industri kesihatan. MUNCH juga dilihat satu usaha yang baik dalam meningkatkan pengetahuan dan kesedaran kesihatan dari warga universiti.
Hasil temubual bersama Ybrs. Prof Zainal Amin Bin Ayub, beliau menyatakan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) merekodkan seramai 402 pelajar dirujuk kepada kaunselor dengan kadar 0.067% dari keseluruhan pelajar Universiti Awam pada tahun lepas. Namun begitu, walaupun jumlah tersebut dianggap kecil, ia perlu di nilai dari 2 perpektif iaitu samada pelajar tersebut kurang kesedaran terhadap khidmat kaunseling atau kesihatan mereka berada ditahap yang baik
Bagi memastikan kesihatan mental yang baik dikalangan penuntut universiti awam, beliau mengatakan kajian lebih komprehensif turut dijalankan bagi tujuan tersebut. Hasil daripada kajian tersebut dijalankan bersama berberapa universiti awam (UA) termasuk UMT dan Unisza dan hasil kajian akan dibentangkan bagi mengenalpasti langkah seterusnya yang perlu diambil
.






You may also like
CERAMAH JOM SIHAT : CAKNA UBAT ” KENAL DULU BARU TELAN”
Pemeriksaan Kenderaan Jabatan oleh Pengarah PKU
