3/2024 – INFO SIHAT: “CEGAH DENGGI DI MUSIM CUTI”
- Posted by irwan.iskandar
- Categories Info
- Date 05/02/2024
- Comments 0 comment
Tak lama lagi cuti sekolah dan cuti semester akan tiba. Dalam tak sedar, kes denggi sudah mula meningkat naik. Di Malaysia, denggi telah menjadi satu fenomena yang membimbangkan. Dalam UMT, bulan Januari sahaja, telah ada 8 kes denggi termasuk import dan tempatan.
Jadi apa yang boleh warga lakukan bagi memutuskan rantaian jangkitan denggi ini? Warga boleh mengurangkan peratus jangkitan denggi dengan:
Bergotong-royong melakukan aktiviti Cari Dan Musnah tempat pembiakan nyamuk Aedes di persekitaran tempat tinggal, pejabat dan Kolej Kediaman sebelum bercuti panjang (sekurangnya-kurangnya 10 minit setiap sesi) .
Semburan aerosol untuk membunuh nyamuk dewasa di dalam rumah, pejabat, atau premis kediaman.
Letakkan bahan pembunuh jentik-jentik (abate) di dalam bekas takungan air kekal atau air yang sukar dibersihkan.
Mengelakkan dari digigit nyamuk dengan menggunakan repellent dan memakai pakaian berlengan panjang serta berwarna cerah terutama sewaktu berada di luar rumah.
Buang semua bekas-bekas yang berpotensi menjadi sarang pembiakan nyamuk Aedes.
Tutup pam tandas dan mangkuk tandas dengan rapat selepas digunakan dan pastikan pam tandas dapat berfungsi dengan baik.
Aktiviti Cari dan Musnah tempat pembiakan nyamuk ini amat disarankan untuk semua warga lakukan kerana masa yang diluangkan dapat mengubah keadaan kesihatan kita akan datang. Semua pelajar juga dinasihatkan agar memastikan bilik atau rumah sewa berada dalam keadaan yang bersih dan bebas dari sebarang bekas-bekas berpotensi untuk menjadi tempat pembiakan nyamuk. Ingat, usaha yang dilakukan secara beramai-ramai lebih bermakna berbanding individu. Oleh itu, garapkan tekad dan kerjasama untuk kita hentikan penularan denggi.
- POSTER