UNIT MAKMAL PERUBATAN

  1. Pusat Kesihatan Universiti, UMT telah diisi dengan perjawatan baru iaitu dengan penambahan seorang Juruteknologi Makmal Perubatan pada penghujung tahun 2010. Namun Unit Makmal Perubatan ini belum mempunyai kemudahan peralatan yang lengkap untuk beroperasi sepenuhnya.
  2. Makmal adalah satu unit sokongan yang memberikan sistem unit kesihatan berjalan dengan lebih lancar. Makmal klinikal yang effisien adalah makmal yang dapat memberikan satu perkhidmatan yang tepat dan cepat selaras dengan mendokong perkhidmatan klinikal yang bereffisien
  3. Unit Makmal Perubatan banyak membantu dalam proses perawatan kepada pesakit. Makmal perlu dilengkapkan dengan kelengkapan terkini bagi memastikan perkhidmatan yang diberikan adalah tepat dan cepat. Diagnosa sesuatu penyakit amat bergantung kepada keputusan makmal yang diperolehi.
  4. Buat masa sekarang perkhidmatan ini terpaksa dijalankan di Makmal Perubatan Panel di luar dan ianya melibatkan kos yang agak tinggi dan masa yang agak lama untuk mendapatkan keputusan ujian yang dipohon. Ini menyebabkan kesukaran dalam memberikan rawatan kepada pesakit.

 

Comments are closed.