UNIT PENGIMEJAN PERUBATAN (X-RAY)

Unit Pengimejan Perubatan telah ditubuhkan sejak tahun 2011, dilengkapi dengan kemudahan unit x-ray am dan menggunakan sistem Computed Radiografi (CR). Unit ini menerima pesakit dalam UMT dan luar (bagi kes penjanaan). Pada masa sekarang unit ini menerima jumlah pesakit dalam purata keseluruhan 3500 kes setahun. Dilengkapi dengan kemudahan paparan x-ray secara digital dan dipaparkan didalam UMT sahaja, dapat memudahkan dan mempercepatkan proses pengimejan. Cadangan dimasa hadapan adalah bagi setiap pemeriksaan x-ray yang dirujuk luar unit ini akan melaksanakan konsep Filmless.

Permanent link to this article: http://pku.umt.edu.my/?page_id=755