ALUAN PENGARAH

Assalamualaikum w. b. tr. dan Salam Sejahtera…

Pertamanya saya ingin mengucapkan syukur ke hadrat Allah s.w.t kerana dengan limpah dan kurnianya dapat kita bersua di laman web Pusat Kesihatan Pelajar ini.

Pusat Kesihatan Pelajar telah bertapak sebagai sebuah Pusat Tanggungjawab di bawah Bahagian Hal Ehwal Pelajar dan Alumni bermula Julai 2009. Justeru, banyak perubahan yang perlu dilaksanakan seperti mana yang telah disarankan oleh Y.Bhg. Dato’ Naib Canselor, UMT bagi meningkatkan mutu perkhidmatan di Pusat Kesihatan sejajar dengan penjenamaan KUSTEM kepada UMT. Oleh yang demikian, bersama-samalah kita memantap hala tuju bagi menghampiri impian yang akan dicapai. Dengan pertambahan jumlah pegawai dan staf, saya amat berharap Pusat Kesihatan Pelajar akan menjadi satu Pusat Tanggungjawab yang cemerlang bagi memberi perkhidmatan perubatan yang terbaik kepada seluruh warga dan organisasi yang ada di Universiti Malaysia Terengganu.

Sehubungan dengan itu, Pusat Kesihatan Pelajar akan cuba mengimbangi keperluan serta kriteria tertentu dalam mendokong  matlamat slogan mengikut kehendak pelanggan di samping mengutamakan pencapaian perkhidmatan perubatan dan kesihatan serta kebajikkan staf bagi melahirkan warga kampus yang sihat dari segi mental dan fizikal.

Dengan kepercayaan yang diberikan oleh Y.Bhg. Dato’ Naib Canselor dalam melakukan transformasi, kami warga Pusat Kesihatan berazam untuk sedaya upaya berusaha bagi mencapai dan merealisasikan cita-cita tersebut.

Sekian, terima kasih.

Permanent link to this article: http://pku.umt.edu.my/?page_id=622