PENGENALAN

Unit Kesihatan Pelajar telah diwujudkan dengan penubuhan Universiti Putra Malaysia (UPM) cawangan Terengganu pada tahun 1996 dan seterusnya dikenali sebagai Kolej Universiti Terengganu pada tahun 2000.

Unit ini beroperasi dengan 2 orang jururawat yang dibantu oleh Pegawai Perubatan Locum. Pegawai Perubatan Locum hanya berkhidmat selama tiga jam setiap hari pada semester pengajian akademik.

Mulai Mei 2001, KUT dijenamakan sebagai KUSTEM iaitu sebuah Kolej Universiti yang berautonomi penuh. Unit Kesihatan Pelajar secara dalaman dinamakan sebagai Pusat Kesihatan Pelajar.

Ianya masih beroperasi dengan tenaga kerja yang sama dan diletakkan dibawah pentadbiran  Dekan Hal Ehwal Kemahasiswaan.

Pada April 2003, seorang Pegawai Perubatan berjawatan tetap telah dilantik bagi mengetuai Pusat tersebut dibantu tiga orang Jururawat. Seterusnya, pentadbiran diletakkan di bawah Timbalan Rektor  (Hal Ehwal Pelajar).

Comments are closed.