PENGENALAN

Pusat Kesihatan Universiti memberikan perkhidmatan perubatan, kesihatan serta pergigian yang profesional kepada pelajar, staf dan tanggungan, pesara serta orang awam agar membudayakan gaya hidup sihat ke arah kesejahteraan sejagat.

Pusat Kesihatan Universiti berfungsi meningkatkan tahap kesihatan warga melalui

  • ¬†Perkhidmatan perubatan, kesihatan dan pergigian peringkat primer untuk mengekalkan tahap kesihatan yang optima.
  • Perkhidmatan sokongan klinikal iaitu makmal dan pengimejan perubatan, fisioterapi serta farmasi selaras dengan teknologi terkini.
  • Program pendidikan kesihatan yang berterusan selaras dengan perkembangan morbiditi semasa.
  • Perkhidmatan pergigian yang efektif bagi mencapai tahap kesihatan pergigian yang unggul.
  • Pengurusan pentadbiran dan kewangan yang mantap bagi mendokong kelancaran perkhidmatan kesihatan di PKU.
  • Menggalakkan budaya inovatif dan kreatif yang berkualiti untuk kegunaan bidang perubatan, kesihatan da pergigian.

Perkhidmatan yang disediakan di Pusat Kesihatan Universiti adalah:

  1. Perkhidmatan Perubatan
    1. Rawatan Pesakit Luar
    2. Rawatan Kecemasan dan Sick Bay
    3. Perkhidmatan Medical Cover
    4. Perkhidmatan Fisioterapi.
  2. Perkhidmatan sokongan perubatan
    1. Farmasi
    2. Pengimejan Perubatan
    3. Makmal Perubatan
    4. Kawalan Penyakit Berjangkit
    5. Promosi Kesihatan
  3. Perkhidmatan klinik pergigian
  4. Perkhidmatan Klinik Kekal Sihat
    1. Klinik Diet
    2. Klinik Terapi Berat Badan
    3. Klinik Berhenti merokok

Comments are closed.