Return to HUBUNGI KAMI

SOALAN LAZIM

SOALAN SOALAN LAZIM

Umum

  • Berapa lamakah setiap pemeriksaan dijalankan di Pusat Kesihatan Universiti
  • Apakah hak yang boleh diperolehi oleh pelajar semasa menjalani pemeriksaan dengan Pegawai Perubatan
  • Situasi yang sepertimanakah memerlukan rawatan di Pusat Kesihatan Universiti
  • Adakah Pelajar boleh memilih Pegawai Perubatan  yang dikehendaki semasa menjalani pemeriksaan Perubatan
  • Adakah Pusat Kesihatan menyediakan pemeriksaan kesihatan kepada staf dan pelajar universiti
  • Berapakah jumlah bayaran yang dikenakan kepada pelajar diatas pemeriksaan yang dijalankan.
  • Adakah terdapat had tertentu pelajar boleh datang ke Pusat Kesihatan Universiti
  • Sekiranya pelajar berada diluar kawasan universiti, sekiranya mereka membuat rawatan di Klinik luar adakah pelajar tersebut boleh menuntut kembali kos rawatan di klinik luar.

Unit Pergigian

  • Apakah rawatan yang disediakan di Klinik Pergigian?

Rawatan yang disediakan di Klinik Pergigian Pusat kesihatan Universiti adalah pemeriksaan gigi, penskaleran, tampalan gigi, dan cabutan bukan surgikal.

  • Bilakah waktu perkhidmatan untuk staf dan pelajar UMT ?

-Untuk Pelajar, perkhidmatan disediakan sepanjang tahun dan manakala bagi staf UMT, perkhidmatan disediakan sewaktu cuti semester  akademik pra-siswazah (Jun-Ogos)

  • Dimanakah kami boleh mendapatkan pendidikan kesihatan pergigian?

-Pendidikan kesihatan pergigian boleh didapati semasa sesi perundingan bersama  pegawai pergigian, sudut pendidikan kesihatan pergigian serta pamplet dan poster.

Unit Makmal

  • Apakah ujian yang boleh dijalankan di Unit makmal

– Ujian yang boleh dijalankan di unit Makmal melibatkan semua cecair atau bendalir dalam badan serta sel dan tisu serta darah

  • Berapa lamakah keputusan Ujian dapat diperolehi

Keputusan setiap ujian makmal yang dijalankan bergantung kepada jenis ujian yang dijalankan.

  • Adakah terdapat sebarang sekatan atau pantang larang sebelum menjalani ujian di Unit makmal perubatan

Tiada terdapat sebarang sekatang atau pantang larang semasa menjalani pemeriksaan makmal melainkan pesakit yang ingin menjalani ujian (Fasting Blood Sugar) dan (Fasting Lipid Profile) dimana pesakit perlu berpuasa sekurang-kurang 8 jam sebelum sampel darah diambil.

Unit Pengimejan Perubatan

  • Apakah jenis ujian pemeriksaan x-ray yang disediakan di Pusat Kesihatan Universiti

-Pemeriksaan yang dijalankan  adalah meliputi semua pemeriksaan x-ray general yang merangkumi, anggota bawah badan,anggota atas badan, abdomen, dada, tulang belakang dan kepala).

  • Semasa menjalani pemeriksaan x-ray dijalankan, saya diarahkan untuk menyalin pakaian sebelum menjalani pemeriksaan x-ray, kenapa saya perlu menyalin pakaian tersebut.

tidak semua pemeriksaan memerlukan pesakit menyalin pakaian, pemeriksaan yang memerlukan pesakit menyalin pakaian adalah pemeriksaan x-ray dada, abdomen, tulang belakang manakala bagi bahagian kepala, pesakit hanya perlu menanggalkan semua klip rambut dan tudung mereka. Pesakit perlu menggunakan baju salinan yang disediakan.

  • Adakah terdapat sekatan dalam menjalani bagi perempuan sebelum menjalani pemeriksaan x-ray.

-Pemeriksaan x-ray bagi pesakit perempuan tiada sekatan dikenakan kecuali pesakit tersebut telah dikenalpasti telah mengandung atau telah lewat datang bulan. Dan sekiranya pesakit tersebut mempunyai keadaan seperti yang dinyatakan pesakit perlu mendapatkan kebenaran dari pegawai perubatan untuk menjalani pemeriksaan sinaran berionisasi.

  • Adakah saya boleh terus menjalani pemeriksaan x-ray sebelum berjumpa dengan pegawai perubatan.

-Tidak, anda perlu berjumpa dengan pegawai perubatan terlebih dahulu sebelum mendapatkan perkhidmatan x-ray.

Unit Kesihatan Persekitaran

  •  Apakah perkhidmatan yang disediakan?

-Pemeriksaan kebersihan kafetaria di UMT.
-Pemeriksaan/pemantauan jentik-jentik di seluruh kawasan UMT.
-Promosi Kesihatan untuk warga UMT.
-Kawalan penyakit berjangkit.

  •  Saya ternampak penjual kafetaria tidak mementingkan kebersihan semasa penyediaan  makanan, bolehkah saya melaporkan kepada PKU?

-Buat aduan dengan segera mengenai ketidakcaknaan kebersihan pengendali makanan kafetaria UMT di PKU.

  •  Jika terdapat banyak nyamuk di asrama/kolej kediaman, apa yang perlu saya buat?

-Buat aduan di PKU mengenai kepadatan nyamuk, pihak kami akan mengambil tindakan yang sepatutnya seperti membuat pemantauan dan semburan wasap ‘fogging’.

  •  Kawan sebilik saya menghidap penyakit berjangkit, tetapi saya juga diarahkan untuk menjalani saringan. Perlukah saya pergi?

-Ya, pergi dapatkan saringan penyakit seperti yang diarahkan supaya tindakan awal dapat diambil untuk mencegah penyakit tersebut daripada menular.

Unit Farmasi

  • Bolehkah saya mendapatkan bekalan ubat ubatan terus di kaunter Farmasi Pusat Kesihatan Universiti tanpa berjumpa dengan Pegawai Perubatan?

-Tidak, anda perlu mendaftar di kaunter unit pesakit luar dan berjumpa dengan pegawai perubatan bagi mendapatkan bekalan ubatan tersebut.

  • Adakah saya boleh menggunakan preskripsi dari klinik luar di Kaunter Farmasi?

-Boleh, tetapi perlu mendapat pengesahan daripada Pegawai Perubatan Pusat kesihatan Universiti terlebih dahulu.

  • Saya mendapat alahan / kesan sampingan daripada pengambilan ubat-ubatan yang dibekalkan, adakah saya perlu menghabiskn ubat-ubatan tersebut seperti yang diarahkan?

Sekiranya anda mendapat alahan daripada pengambilan ubat-ubatan tersebut, anda perlu berhenti dari mengambil ubat-ubatan tersebut dan sert-merta mealoprkan kepada ahli farmasi / pegawai perubatan dan sekiranya selepas waktu pejabat hubungan talian kecemasan Pusat Kesihatan Unviersiti bagi mendapatkan rawatan selanjutnya.

Bahagian Pengurusan dan Pentadiran

  • Apakah fungsi unit pentadbiran

Permanent link to this article: http://pku.umt.edu.my/?page_id=2921