KEJAYAAN UMT: UCAPAN TAHNIAH, PENGHARGAAN DAN TERIMA KASIH DI ATAS ANUGERAH IPT BEBAS DENGGI 2019

Adalah dimaklumkan, Majlis Perasmian Konvensyen COMBI, Hari Denggi ASEAN & Anugerah IPT Bebas Denggi 2019 telah berlangsung pada 28 Julai 2019 (Ahad) yang lalu, bertempat di D Hotel, Sri Iskandar, Perak. Dalam majlis berkenaan, UMT telah mendapat:

  • Kategori Penglibatan Pihak Pengurusan Universiti Terbaik dan memenangi RM 2, 000.00.
  • JOHAN: Pertandingan Institusi Pengajian Tinggi Bebas Denggi 2019 dan memperoleh sebanyak RM 5, 000.00.

Sesi Penyampaian Hadiah telah disampaikan oleh Menteri Kesihatan Malaysia, YB Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad.

Pusat Kesihatan Universiti selaku urusetia merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih di atas sokongan penuh YBhg. Dato’ Naib Canselor, UMT dan Timbalan Naib Canselor HEPA dalam menjayakan aktiviti pencegahan Denggi di UMT.

Ucapan syabas, penghargaan dan terima kasih juga kepada Jawatankuasa Pelaksana UMT Bebas Denggi, team Pusat Pembangunan dan Harta, team Canselori, team Kolej Siswa, team PPSTM, team PPSPA, Ketua-ketua PTj, semua pembentang semasa sesi penjurian Lapangan iaitu YBhg. Timbalan Naib Canselor HEPA, Prof. Ts. Dr. Che Mohd Ruzaidi Bin Ghazali dan Pengarah PKU, Dr. Arnie Bt A. Rahim, Pembentang Inovasi iaitu Dr. Nur Aida Binti Hashim (PPSTM), Prof. Madya Ts. Dr. Mustapha Bin Man (PPIMG), dan Ts. Dr. Wan Nural Jawahir Bt Wan Yussof (PPIMG), Majlis Kolej Siswa, Majlis Perwakilan Pelajar, pensyarah, pegawai, staf dan pelajar UMT yang telah terlibat secara langsung atau tidak langsung memberikan komitmen penuh dalam penyediaan data, persiapan lokasi dan pembentangan semasa penjurian.

Semoga usaha-usaha pencegahan Denggi tidak terhenti setakat ini sahaja. Langkah dan pencegahan pembiakan nyamuk Aedes perlulah sentiasa dilaksanakan setiap minggu oleh seluruh warga agar tiada kes Denggi dicatatkan di UMT.

Berikut senarai Pemenang Anugerah IPT Bebas Denggi 2019:

  •         JOHAN                    : UMT
  •         NAIB JOHAN          : UUM
  •         TEMPAT KETIGA    : UITM

        PEMENANG PENGLIBATAN PENGURUSAN UNIVERSITI TERBAIK     : UMT

        PEMENANG INOVASI TERBAIK                             : UUM

 

Comments are closed.