HAND, FOOT AND MOUTH DISEASES (HFMD)

Penyakit kaki, tangan dan mulut adalah jangkitan virus yang sering menjangkiti kepada kanak-kanak dan bayi yang berusia 5 tahun ke bawah, Walaubagaimanapun ia boleh berlaku kepada orang dewasa. Antara simptom adalah

  • Demam
  • Hilang selera makan
  • Sakit tekak
  • Berasa tidak selesa (malaise)

selepas 1-2 selepas jangkitan, kesakitan pada tekak akan muncul didalam mulut (herpangina). Kebiasaan bermula dengan bintik-bintik merah kecil dan lepuh yang boleh menyebabkan kesakitan.

Bagi kanak-kanak yang muda, dehidrasi mungkin akan berlaku kerana mereka tidak dapat menelan air secukupnya disebabkan kesakitan yang amat pada dalam mulut.

Tidak semua individu akan menunjukkan simptom-simptom berlaku jangkitan ini, namun ia boleh menjadi pembawa kepada orang lain

Permanent link to this article: http://pku.umt.edu.my/?p=4640