PERKHIDMATAN TERBAHARU YANG DISEDIAKAN OLEH PUSAT KESIHATAN UNIVERSITI

This post is also available in: msMelayu

Sukacita dimaklumkan bahawa pada tahun 2018, pihak Pusat Kesihatan Universiti telah mengadakan perkhidmatan “Klinik Kekal Sihat” yang terdiri daripada 3 komponen utama. ia terdiri daripada

  1.  Klinik Berhenti Merokok
  2. Klinik Diet
  3. Terapi fizikal

sehubungan daripada pemeriksaan Kesihatan yang telah dijalankan di setiap PTJ melalui program PKU Cakna Warga pada tahun 2017, kepada staf yang ingin memperbaiki dan mendapatkan kesihatan yang unggul, pihak kami mengalu-alukan penglibatan tuan/puan.

Kepada Pelajar UMT yang turut ingin menyertai program baharu ini juga dialu-alukan. semoga warga UMT berada dalam keadaan yang kekal sihat sentiasa.

Capaian kekal kepada artikel ini: http://pku.umt.edu.my?p=4355