PERKHIDMATAN PEMERIKSAAN PERUBATAN (MEDICAL CHECK UP) DI PUSAT KESIHATAN UNIVERSITI

This post is also available in: msMelayu

Sukacita dimaklumkan, Pekeliling Bendahari Bil. 5/2015, Pekeliling Bendahari Bil. 6/2015 dan Pekeliling Bendahari Bil. 6/2015 adalah dirujuk.

2. Justeru, Pusat Kesihatan Universiti ingin mewar-warkan kepada YBhg. Prof. Dato’/Prof./Prof. Madya/ Dr./Tuan/Puan bahawa perkhidmatan di atas telah BERMULA Januari 2016 iaitu::

a) Perkhidmatan Pemeriksaan Perubatan (RME) di PKU:


RME Pakej 1 :: RM 80.00 (Pemeriksaan fizikal, ujian makmal (Urin Albumin Sugar) dan X-Ray dada pelajar baharu dan orang awam)

 – RME Pakej 2 :: RM 120.00 (Pemeriksaan fizikal, ujian makmal (Ujian Urin Dadah) dan X-Ray dada pre-employment)

– RME Pakej 3 :: RM 250.00 (Pemeriksaan fizikal, DETAIL ujian makmal (HIV, VDRL, TPHA, HEP. B, Ujian Urin Dadah) dan X-Ray dada orang awam)

            – BAYARAN TUNAI DI KAUNTER PKU

3. Bagi Warga yang ingin mendapatkan pemeriksaan perubatan bagi kemasukan anak ke Pusat Pengajian dan Sekolah berasrama penuh bolehlah hadir mendapatkan rawatan di PKU dengan kadar yang ditetapkan. Pakej kadar ini bergantung kepada kehendak borang yang dibawa.

Semoga berada dalam makluman semua Warga. Kerjasama yang diberikan didahului jutaan terima kasih.

Capaian kekal kepada artikel ini: http://pku.umt.edu.my?p=4321